▸ balikkampung ye ? ... ♬
Thursday 25 August 2011
♥ posted at: @08:30:00
0 wishes // make a wish?


salam thursday , n gud morning!
kemalasan pagipagi nak bangun , pastu mandi . sejuk nye la pagipagi kat batu gajah ni . . mau berkabus area2 ni , kawankawan , tinggal 1hari lagi ntok aku blah dari cni ke pangkuan keluarga tersayang , mau melompatlompat aku nak balik ni , sape xsuke balik kampung sendiri kan pas bertapa lame diperantauan . . harap cuti lame cmni je bley balik kampung , practical xsame cm study , study pecah otak je , practical ni sume kne pecah . . hilang sume keayuan yang di control2 sebab sume kene hadapi , sampah ke , longkang ke , hutan ke . . sume jadi godzilla , tough kan ?




salu nye kan ,ble time balikkampung ntok raye ni , memang xlari la beritaberita sal excident . . sape yang nak excident kan ? kalu xexcident , kes pecah umah la , ragut la , bunuh ade x ? ade kot . . tapi maknenye cm banyak la trajeditrajedi yang xdiingini berlaku kan ? kalu bley nk elak , lagi nak elak , nak smpai kampung ngan selamat . . so . . bagi sesape yang balik kampung raye ni , nah cni ade tips balikkampung , credit to WWW.INFORMASI.MY .






1 . Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu lah pentingnya semangat berjiran ni kan. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Dapatlah polis buat rondaan kalau ada yang maklumkan dekat dorangkan.




2 . Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting  sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.


3 . Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bungan. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya


4 . Hentikan langganan akhbar/majalah
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu.


5 . Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.


6 . Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.



7 . Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.

so , pasni hatihati ye sume , jangan ingat hepi nak balikkampung je , ni copypaste dari SINI , hmm , selamat ye sume , berhatihati la dijalan raye , kepulangan mu dinanti sanak saudara di kampung =)
nah ,layan dulu lagu raye ni . . .



p/s : tinggal satu hari je lagi nak balik ! yeay ! balik sorangsorang je raye ni ,doakan eh ? take care !



◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011